Tuesday, September 15, 2009

BELAJAR CARA MEREMPIT EMAS DI BANK RAKYAT

Aku baru jumpa dgn master pokli bercerita pasal emas.



setakat ni aku baru beli 40gram emas 999 dgn ejen2 dari public gold termasuk dari pokli sendiri..... esok aku dapat lagi 50gram emas,so total 90gram semuanya....

pokli ajar merempit emas di bank rakyat (ar-rahnu).Bukan merempit motor,tapi merempit emas.camna caranya.Aku pun kurang pasti sba ak belumpenah buat,tapi ilmu merempit tu aku dah tau pokli ajar.Lebih kurang camni.

dengan emas yg aku ada tu,bawa gi bank rakyat (ar-rahnu),jangan pergi cawangan ar-rahnu..... tapi pergi ke bank rakyat dan ke bahagian ar-rahnu.sb ada beza rate dan harga.

harga emas sekarng dalam RM120 untuk 1gram.Tapi bila pergi bank rakyat,dia akan nilai harga emas kita tu lebih tinggi,kalau sekrang dia ambil RM132 untuk 1gram....

AKU BUAT PENGIRAAN CKIT:

dalam tangan aku ada 90gram emas 999,

90gram x RM132 = RM11880 (nilai marhum)

bank rakyat akan bagi pinjaman sehingga 65% dari nilai marhum.
RM11880 X 65% = RM7722

upah simpan pula adalah 0.7% sebulan dari nilai marhum,DIBAYAR 6 BULAN SEKALI.
0.7% x RM11880 = RM83.16
kalau 6 bulan, RM83.16 X 6 = RM498.96

so bila buat gadaian jer,aku akan dapat duit RM7722 tadi,sebab ar-rahnu ini gadaian islam,so takde interest,aku just perlu bayar upah simpan tadi RM498.96 itupun selepas 6 bulan.

dengan dui RM7722 ,aku akan beli lagi emas mana yang dapat,kalau ikut harga semasa aku boleh beli dalam 40gram @ 50gram emas lagi....

bila dapat emas baru tadi,aku gadaikan lagi di bank rakyat,dapat duit,aku beli emas lagi kemudian gadaikan lagi,beli emas gadai,beli emas gadai......begitulah seterusnya sampai aku penat la.....hehehehehehe

nampak macam takde untung kan,tapi korang silap sebenarnya.... dengan aku buat macam tu, walaupun setakat aku ulang proses beli dan gadai tu dalam 3 kali jer....sebenarnya aku dah mendapai pulangan yang terlalu lumayan...

KENAPE?

untuk pengetahuan korang,emas biasanya akan naik harga dalam 15% dalam tempoh 6 bulan.Kalau setahun dalam 30%....

so bila buat sedikit pengiraan,jika aku ulang beli dan gadai emas tu dalam 3 atay 4 kali jer... aku sudah boleh mendapat keuntungan bersih lebih dari 30% dari harga emas....UNTUNG BERSIH,iaitu selepas aku tolak pinjaman dan upah simpan.Kalau tak caya korang kire sendiri.

itu kalau aku simpan 6 bulan jer... cuba kalau aku panjangkan tempoh simpan sehingga setahun atau dua tahun....

kalau setahun aku dah untung sehingga 60% la malah lebih.

banyak tak pelaburan dengan keuntungan 60% setahun? BANYAK BEB....
ASB pun cuma 7% setahun,itupun makin lama makin turun.

kalau masih tak faham nanti korang leh jumpa aku,aku akan ajar..... nanti boleh beli emas dengan aku sekali.

5 comments:

  1. Salam... Wah byknye emas ko beli... Ko beli ngan pokli ke ngan agen lain kat bangi tuh??? Huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam , kalau berada di terangganu , beli dengan saya pun boleh..hehehe.sama -sama kita bekalkan emas kepada umat islam...di malaysia..
    http://emas-24karat.blogspot.com/

    019-9829025

    ReplyDelete
  3. info yang best, tp nak tnya, bila dah gadai nak amik balik guna duit apa lak??

    pikir pnya pikir x dapat jawapan lagi ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pikir benda yang sama..dah banayk2 beli emas ni mesti kena tebus balik kan?

      Delete
  4. saya pon pikir... mungkin upah simpan + nilai marhum / 6 bulan = RM 1850 kne bayar setiap bulan kpda ar-rahnu guna duit gaji @ sebainya...

    ReplyDelete