Tuesday, September 15, 2009

Pelaburan Emas Yang Diuruskan Sendiri.

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ka ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu.

Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya.Bagaimana hendak melabur dengan emas?Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Sebagai langkah awal jom kita lihat bagaimana hendak memulakan langkah dalam pelaburan emas.

Para pelabur di negara ini kini berpeluang memiliki dinar emas dengan mudah dan pada kos yang lebih rendah melalui kemudahan yang ditawarkan oleh Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold).Pengerusi Eksekutif syarikat itu, C.H. Ng berkata, untuk membeli dinar emas seseorang pelabur itu boleh menyemak harga semasa logam itu di pasaran dunia dengan melayari laman web www.publicdinar.com.Beliau berkata, jika pelabur bersetuju dengan harga yang ditawarkan, Public Gold akan menghantar surat perjanjian melalui e-mel atau faks bersama syarat dan terma serta harga pembelian.''Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh satu setengah jam daripada masa surat perjanjian diterima," katanya ketika ditemui di premis syarikat berkenaan di sini semalam.Beliau menambah, harga tawaran dinar emas Public Gold juga adalah lebih rendah berbanding harga emas di kedai-kedai barang kemas di seluruh negara.

Sebagai contoh, katanya, ketika kedai emas menjual pada harga RM135 segram baru-baru ini pihaknya menawarkan dinar emas pada harga RM115 segram.Menurut beliau, Public Gold selaku syarikat tunggal di negara ini yang mempunyai kilang pengeluaran dinar emas juga menawarkan khidmat menyimpan syiling berkenaan dengan langkah-langkah keselamatan yang dijamin lebih baik daripada bank-bank komersial.

''Untuk menjual balik atau membeli dengan jumlah sedikit (tidak menjadi agen) anda boleh berurusan dengan pihak kami atau mana-mana pengedar dan anda akan dimaklumkan harga semasa belian dinar emas, jika bersetuju transaksi boleh dilaksanakan serta merta," katanya.

Menurutnya, semua dinar emas keluaran syarikat berkenaan mempunyai sijil ketulenan yang dikeluarkan oleh syarikat bertauliah dalam bidang tersebut. Ng juga berkata, trend menyimpan emas semakin mendapat perhatian masyarakat pelabur sejagat ekoran situasi ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.Menurutnya, masyarakat dunia perlu meneliti pelbagai perkara yang disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyarankan dunia Islam beralih menggunakan dinar emas dalam perdagangan dua hala berbanding menggunakan dolar Amerika Syarikat.'

'Saranan itu dibuat kira-kira 10 tahun lalu. Selepas membuat pelbagai kajian dan penilaian, Public Gold yang ditubuhkan setahun lalu berusaha merealisasikan penggunaan dinar emas," katanya.Menurut beliau, syarikat yang tubuhkan dengan modal hampir RM10 juta itu sudah mencatat keuntungan dalam tempoh yang singkat dan ketika ini mempunyai kira-kira 500 pelanggan.

No comments:

Post a Comment